Bateri litium-ion

Bateri ion litium (Bahasa Inggeris: lithium ion battery, sering disingkatkan kepada Li-ion atau LIB) adalah salah satu jenis bateri cas semula yang menghasilkan kuasanya sendiri hasil janaan pergerakan ion litium dari anod ke katod semasa proses penyahcasan dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri jenis ini menggunakan sebatian litium yang disisipkan sebagai bahan elektrod, berbanding logam litium yang digunakan dalam bateri litium tidak boleh cas semula.Bateri ini lazimnya digunakan dalam peralatan elektronik pengguna. Ia merupakan salah satu daripada jenis bateri cas semula paling popular bagi peranti elektronik mudah alih, serta mempunyai ketumpatan tenaga antara yang terbaik, tiada kesan ingatan (walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah kajian menunjukkan beberapa petanda kesan ingatan pada bateri ion litium[6]), dan hanya menunjukkan kadar kehilangan cas yang perlahan apabila tidak digunakan. Selain peralatan elektronik pengguna, bateri Li-ion juga semakin popular dalam bidang ketenteraan, kenderaan elektrik dan aplikasi aeroangkasa.[7] Misalnya, bateri ion litium mula menjadi bateri pengganti yang lazim bagi bateri asid-plumbum yang digunakan sejak berzaman lagi pada kereta golf dan kenderaan utiliti. Daripada menggunakan plat plumbum yang berat serta elektrolit berasid, trend sekarang ialah menggunakan anod litium/karbon yang ringan dan katod litium besi fosfat. Bateri ion litium boleh menghasilkan voltan yang sama seperti bateri asid-plumbum, maka tiada pengubahsuaian diperlukan bagi sistem pacuan kenderaan.[8]Perwatakan kimia, prestasi, kos dan keselamatan adalah berbeza mengikut jenis bateri Li-ion. Peralatan elektronik tangan kebanyakannya menggunakan bateri Li-ion berasaskan litium kobalt oksida (LiCoO2), yang menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi, tetapi mendatangkan risiko keselamatan, terutamanya apabila rosak. Litium besi fosfat (LFP), litium mangan oksida (LMO) dan litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) menawarkan ketumpatan tenaga lebih rendah, tetapi mempunyai jangka hayat lebih panjang serta lebih selamat. Bateri sebegitu digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik, peralatan perubatan serta peranan-peranan lain. NMC terutamanya merupakan petanding yang mendahului dalam aplikasi automotif. Litium nikel kobalt aluminium oksida (NCA) dan litium titanat (LTO) merupakan rekaan khusus yang disasarkan pada peranan niche khas.Bateri ion litium boleh jadi berbahaya dalam keadaan tertentu dan boleh membawa bahaya keselamatan, memandangkan ia mengandungi elektrolit mudah terbakar serta disimpan dalam tekanan, tidak seperti bateri cas semula yang lain. Ia menjadikan standard bagi bateri tersebut sangat tinggi, serta ia mempunyai banyak ciri keselamatan. Terdapat banyak kes kemalangan yang dilaporkan di samping panggilan semula oleh beberapa syarikat.

Bateri litium-ion

Tenaga tertentu 100–265 W·h/kg[1][2](0.36–0.95 MJ/kg)
Kecekapan cas/nyahcas 80–90%[3]
Voltan sel nominal NMC 3.6 / 3.7 V, LiFePO4 3.2 V
Kelasakan kitaran 400–1200 kitaran[5]
Kadar nyahcas diri 8% pada 21 °C
15% pada 40 °C
31% pada 60 °C
(sebulan)[4]
Ketumpatan tenaga 250–730 W·h/L[2](0.90–2.23 MJ/L)
Tenaga/harga pengguna 2.5 W·h/AS$
Kuasa tertentu ~250-~340 W/kg[1]